LATAR BELAKANG

SK BANDAR BINTANGOR....

Tahun 1963 terdapat tiga buah sekolah di Bandar, Bintangor iaitu  SRB Kai ChungSRK Abang Amin dan SRB St. Augustine.   SRK Abang Amin adalah sekolah beraliran Bahasa Inggeris manakala SRB Kai Chung beraliran Bahasa Cina. Di sekolah-sekolah inilah tempat ibubapa di kawasan Bandar, Bintangor menghantar anak mereka untuk persekolahan peringkat sekolah rendah.

Walau bagaimanapun, situasi ini berubah pada tahun 1963. Tertubuhlah sebuah sekolah baru yang bernama Binatang Town School, kini dikenali sebagai Sk Bandar Bintangor Pada masa itu, jumlah  bilangan murid darjah 1 tidak dapat ditampung oleh ketiga-tiga buah sekolah ini.  Maka pada tahun 1963, Binatang Town School telah di tubuhkan untuk menyelesaikan masalah itu.

Binatang Town School bermula sejarahnya dengan membuka sebuah kelas iaitu darjah 1, menggunakan sebuah bilik di sebelah kiri di bawah Majlis Daerah Meradong.  Pada masa itu, Guru Besar ialah Encik Michael Yong Yu Ing.
Pada tahun 1964, dua buah kelas dibuka di bawah Majlis Daerah Meradong, satu di sebelah kiri dan satu lagi di sebelah kanannya.  Guru Besar pada tahun itu ialah Encik James Tu Leh Chung. Walaubagaimanapun pada tahun 1965 terdapat sebuah lagi kelas menggunakan sebuah bilik di sebelah kanan di bawah Majlis Daerah Meradong dan dua buah kelas pula iaitu darjah  dan 3 di temapat yang mana digunakan oleh SMK binatang sebelum itu.  Tempat itu adalah di antara gelanggang tenis Pejabat Daerah dan Kilang Kasut lama yang tersedia pada masa itu.

Pada penghujung tahun 1965, murid-murid dan guru-guru nya berpindah ke bangunan sekolah baru yang telah dibina dan terletak di 1/2km, Jalan kelupu, Bintangor.  Seterusnya pada 7 Oktober 1966, hari pembukaan rasminya bangunan sekolah baru itu telah di lakukan oleh seorang ahli Parlimen iaitu Encik Sandom ak Nyuak. (Temenggong).

Sekolah ini menukarkan namanya kepada Council Town School pada 1966 dan SRK Binatang Town atau SRK Bandar Binatang apabila semua sekolah rendah kepunyaan Majlis Daerah Meradong diambil alih oleh kerajaan Persekutuan pada Tahun 1974.

Pertengahan tahun 90an sekolah ini mempunyai Persatuan Ibupbapa dan Guru.  Nama yang terbaru sekolah ini ialah SK Bandar Bintangor.  Sejak Kebelakang ini, sekolah ini mempunyai murid-murid sekitar 160 orang dengan 12 orang guru termasuk Guru Besar, seorang Pekerja Am dan seorang Tukang Masak.  Pada Tahun 1994 sebuah asrama telah didirikan untuk tempat penginapan murid-murid yang rumahnya jauh dari sekolah.

LOGO SEKOLAH 

Lencana ini melambangkan identiti SK Bandar Bintangor
Warna Merah melambangkan semangat yang jitu untu menutut ilmu pengetahuan.
Warna Kuning melambangkan ketinggian martabat ilmu pengetahuan untuk semua
Daun melambangkan kerjasama dan toleransi masyarakat SK Bandar Bintangor.
Sijil melambangkan kejayaan Sekolah dalam bidang kurikuum dan kokurikulum.
Warna Biru melambangkan kerajinan dan keharmonian kaum.
‘Ilmu Sinar Hidup’ – Merupakan teras dan panduan untuk merealiasasikan Wawasan Pendidikan.

LAGU SEKOLAH
SEKOLAH KU

TAHUN ENAM PULUH TIGA
BERTAPAK DI MUARA
TEGUH DAN BERJAYA
MENDIDIK ANAK BANGSA

BERUSAHA DAN BERBAKTI
SEKOLAH BANDAR DICINTAI
BERDISIPLIN HARMONI
KITA KAN DISEGANI

CHORUS:
‘ILMU SINAR HIDUP’
COGAN KATA YANG DIPUJA
MENGEJAR CITA MULIA
UNTUK KEJAYAAN SEMUA

SETIA DAN AMANAH
KAMI POHON PADA MU
JASA BAKTI KAU CURAH
ABADI DI JIWAKU.

MOTO SEKOLAH
ILMU SINAR HIDUP

Para pelajar yang menutut di sekolah ini mempunyai kebolehan dan berpotensi untuk mencapai perkembangan yang seimbang di bidang intelek, emosi, rohani and jasmani.

Dengan itu, seluas-luas peluang akan diberikan kepada para pelajar untuk mengimbangkan keempat-empat bidang tersebut.

Kami, pendidik-pendidik mempunyai keyakinan dan keupayaan ikhtisas untuk memberi Pendidikan yang sempurna dan bermutu bagi memajukan para pelajar di sekolah ini.
SENARAI GURU BESAR

BIL             NAMA GURU BESAR           TAHUN BERKHIDMAT

1.         Michael Yong Yu Ing                                     1963
2.         James Tu Leh Chung                                      1964-1969
3.         James Sembilan Guang                                   1970-1975
4.         Benjamin Ee Sing Kwong                              1976-1988
5.         Gilbert Antas Saing                                        1989-1994
6.         Mahini Bin Ahmad Saida                               1995-Sekarang 1987
7.         Abg Sazali Bin Abg Masagus                         1998-2002
8.         Abg Ismail Bin Abg Harris                             2003-2003
9.         Ali Bin Bujang                                                2004 - 2009
10.       Abang Hashim Abang Solhi                           2010 hingga sekarang